Thursday 7 May 2015

Pendaftaran & Bayaran Penyertaan Karnival Sukan SRI MGBSIM

Alhamdulillah para Guru Besar & Penyelaras Sukan sekolah rangkaian IKRAM-Musleh yang dirahmati Allah sekalian.

Pada 5 Mac yang lepas AJK Karnival Sukan telah mengadakan sesi taklimat kepada Penyelaras Sukan sekolah dan telah memberi gambaran penganjuran serta penerangan Undang-undang serta peraturan pemainan karnival sukan nanti. Alhamdulillah 22 buah sekolah daripada 28 buah sekolah rangkaian telah hadir pada sesi taklimat tersebut.

Berikutan daripada taklimat tersebut para penyelaras telah minta mengisi pautan berikut:
http://www.123contactform.com/form-1327306/BORANG-PENDAFTARAN-MGBSIM
bagi mengenalpasti penyertaan acara bagi sekolah-sekolah.

Sehubungan dengan itu, setelah mengambil kira beberapa maklumbalas daripada semua Guru-guru besar semasa taklimat karnival sukan di Mesyuarat Guru Besar Sekolah Islam di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu pada 28 April 2015 baru-baru ini tiada acara yang dikeluarkan dan aktiviti penganjuran dirancang akan diteruskan.

Bagi urusan pendaftaran dan pembayaran penyertaan karnival sukan ini, surat tersebut telah dimuat naik ke blog ini & juga telah diedarkan dalam group emel semua guru besar sekolah rangkaian.

Adalah diharapkan urusan undang & peraturan pertandingan, para penyelaras dapat merujuk dokumen yang telah diedarkan (juga boleh dimuat turun melalui blog ini).

Sekian jazakumullah khair

No comments:

Post a Comment